About

Biskut raya merupakan biskut yang paling laris pada musim perayaan. Tapi ianya tidak tertumpu pada musim perayaan sahaja. Biskut raya juga laris apabila ada majlis2 tertentu seperti perkahwinan , pertunangan dan sebagainya.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat biskut raya ini adalah halal dan tidak melibatkan bahan pengawet. Terdapat dua proses untuk membuat biskut raya iaitu secara tradisional dan juga moden. Ianya bergantung kepada jenis kuih.
Kebiasannya penjualan biskut raya ini dilakukan secara manual namun, dengan kemudahan teknologi zaman ini diwujudkan sebuah perniagaan secara e-dagang iaitu perniagaan secara online.

Misi dan visi
Misi dan visi di perniagaan Ida Cookies adalah untuk menjadikan bahulu sebagai salah satu produk yang boleh dikomersilkan. Selain itu, kami ingin menjadikan , produk ini mempunyai daya tarikan yang mampu menarik rasa kesukaan yang berterusan kepada semua masyarakat terhadap biskut raya. Dengan cara ini,ianya dapat dipopularkan ke peringkat antarabangsa melalui kaedah perniagaan yang lebih berkesan dan terkini.